Halaman

Ahad, 15 Januari 2012

Ciptaan Adam

==Ciptaan dari tanah==

Allah telah memerintahkan [[Malaikat Jibril]] turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah sebagai bahan untuk menjadikan Adam. Walau bagaimanapun, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil malah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak rela untuk menyerahkannya kerana kebimbangannya seperti yang dibimbangkan oleh para malaikat.

Jibril kembali setelah mendengar sumpah tersebut lalu Allah mengutuskan pula [[Malaikat Mikail]] dan kemudiannya [[Malaikat Israfil]] tetapi kedua-duanya juga tidak berdaya hendak berbuat apa-apa akibat sumpah yang dibuat oleh bumi. Maka, Allah memerintahkan [[Malaikat Izrail]] untuk melakukan tugas tersebut dan menggesa agar tidak berundur walaupun bumi bersumpah kerana tugas tersebut dijalankan atas perintah dan nama Tuhan.

Maka, Izrail turun ke bumi dan mengatakan yang kedatangannya adalah atas perintah Allah dan memberi amaran kepada bumi untuk tidak membantah yang memungkinkan bumi menderhaka kepada Allah. Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Tanah tersebut adalah:

* Tanah [[Baitulmuqaddis]] - [[kepala]] sebagai tempat kemuliaan untuk diletakkan [[otak]] dan [[akal]].
* Tanah [[Bukit Tursina]] ([[Mesir]]) - [[telinga]] sebagai tempat mendengar dan menerima nasihat.
* Tanah [[Iraq]] - [[dahi]] sebagai tempat sujud kepada [[Allah]].
* Tanah [[Aden]] ([[Yaman]]) - [[muka]] sebagai tempat berhias dan kecantikan.
* Tanah [[telaga]] [[Al-Kautsar]] - [[mata]] sebagai tempat menarik perhatian.
* Tanah [[Al-Kautsar]] - [[gigi]] sebagai tempat memanis-manis.
* Tanah [[Kaabah]]([[Makkah]]) - [[tangan]] kanan sebagai tempat mencari nafkah dan bekerjasama.
* Tanah [[Paris]] ([[Perancis]]) - tangan kiri sebagai anggota untuk melakukan [[istinjak]].
* Tanah [[Khurasan]] ([[Iran]]) - [[perut]] sebagai tempat berlapar.
* Tanah [[Babylon]] ([[Iraq]]) - kelamin sebagai organ seks dan tempat bernafsu serta godaan [[syaitan]].
* Tanah [[Tursina]] ([[Mesir]]) - [[tulang]] sebagai peneguh manusia.
* Tanah [[India]] - [[kaki]] sebagai anggota berdiri dan berjalan.
* Tanah [[Firdaus]] ([[Syurga]]) - [[hati]] sebagai tempat keyakinan, keimanan, dan kemahuan.
* Tanah [[Taif]] ([[Arab Saudi]]) - [[lidah]] sebagai tempat untuk mengucapkan [[syahadah]], [[syukur]] dan [[doa]].

==Penyempurnaan==

Tubuh Adam mempunyai sembilan rongga atau liang. Tujuh liang di kepala dan dua di bawah badan iaitu dua mata, dua telinga, dua hidung, satu [[mulut]], satu [[dubur]] dan satu [[uretra]]. Lima [[pancaindera]] dilengkapkan dengan anggota tertentu seperti mata untuk penglihatan, telinga untuk pendengaran, hidung untuk pengesanan bauan, [[lidah]] untuk perasa seperti [[masam]], [[masin]], [[manis]] dan [[pahit]] dan kulit untuk sentuhan bagi [[panas]], [[sejuk]], [[tekanan]], [[kelikatan]] dan [[sakit]].

Ketika Allah menjadikan tubuh Adam, tanah dicampurkan dengan air tawar, masin dan hanyir beserta api dan angin. Kemudian Allah resapkan Nur ke dalam tubuh Adam dengan pelbagai "sifat". Lalu tubuh Adam digenggam dengan genggaman ''Jabarut'' dan diletakkan di dalam ''Alam Malakut''. Tanah itu dicampurkan lagi dengan istilah wangian dan ramuan dari Nur-Sifat Allah dan dirasmi dengan "''Bahrul Uluhiyah''". Kemudian, tubuh tersebut dibenam dalam "Kudral 'Izzah" iaitu sifat "Jalan dan Jammal" lalu disempurnakan tubuh tersebut.

Waktu kejadian manusia tidak disebut berapa lama walaupun melalui apa cara perhitungan sekalipun seperti dalam [[al-Quran]]: ''"Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut..." ([[Surah Al-Insaan|76]]:1)

Menurut keterangan ulama, tubuh Adam diselubungi dalam tempoh 120 tahun, 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah dan 40 tahun di tanah yang hitam dan berbau. Dari situ, Allah ubah tubuh Adam dengan rupa kemuliaan dan tertutuplah dari rupa hakikatnya. Kerana proses kejadian itu yang melalui peringkat yang "kotor", tidak hairan Malaikat dan Iblis memandang rendah akan kejadian manusia yang dicipta dari [[tanah]]. 

===Kemasukan roh===

Roh diperintah Allah untuk memasuki jasad Adam tetapi seperti makhluk lain, roh juga enggan, malas dan segan kerana jasad yang seperti batu. Dikatakan ruh berlegar-legar mengelilingi jasad Adam sambil disaksikan malaikat. Kemudian, Allah memerintahkan [[Malaikat Izrail]] memaksa ruh memassuki tubuh tersebut masuk ke dalam tubuh Adam. Ia memasukkannya ke dalam tubuh dan roh secara perlahan-lahan masuk hingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Setelah meresapi ke kepala Adam, maka berfungsilah [[otak]] dan tersusunlah urat [[saraf]] dengan sempurna. Lalu, terjadilah mata dan terus terbuka melihat tubuhnya yang masih keras dan malaikat di sekelilingnya. Telinga mulai berfungsi dan didengarnya kalimah [[tasbih]] para malaikat. Apabila roh tiba ke hidung, lalu ia bersin dan mulutnya juga terbuka. Allah mengajarkan kalimah "''Alhamdulillah''" yang merupakan kalimah pertama diucapkan Adam dan Allah sendiri yang membalasnya.

Kemudian, roh tiba ke dadanya lalu Adam berkeinginan untuk bangun padahal tubuhnya yang bawah masih keras membatu. Ketika itu ditunjukkan sifat manusia yang terburu-buru. Ketika roh sampai di perut, maka organ dalam dan perut tersusun sempurna dan saat itu Adam mula merasakan lapar. Akhirnya, roh meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan dan kaki dan berfungsilah dengan sempurna segala darah daging, tulang, urat saraf dan kulit. Menurut riwayat, kulit Adam amat baik ketika itu berbanding kulit manusia di kini dan warnanya masih dapat dilihat di kuku sebagai peringatan kepada keturunan manusia.

Dengan itu, sempurnalah sudah kejadian [[manusia]] pertama dan Adam digelar sebagai "''Abul Basyar''" iaitu Bapa Manusia. Walau bagaimanapun, hanya [[Nabi Muhammad s.a.w.]] mendapat gelaran "''Abul Ruh''" atau "''Abul Arwah''" iaitu Bapa segala Roh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan