Nabi Muhammad SAW adalah nabi awal dan
nabi akhir. Baginda telah dilantik menjadi nabi sejak awal lagi, namun
penjelmaanya adalah yang terakhir sekali. Rasulullah saw. bersabda, “Para
Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Beliau
menjawab, “Sejak saat ketika Adam a.s. masih dalam keadaan antara ruh dan
jasad.” (Riwayat Tirmidzi) Beliau juga bersabda, “Aku sudah menjadi Nabi
ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Beliau
saw. juga bersabda, “Aku telah ditetapkan disisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin,
sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah.
Di belakang tubuh Baginda juga terdapat
tanda kelahiran seperti cop yang tertulis “Khatamun-Nabiyyin”. Sekiranya cop
ini tiada pun, Baginda tetap menjadi Nabi. Ia cuma sebagai “syabasi”, seperti
tanda penghargaan misalnya kita selalu menepuk belakang seseorang apabila
mengucapkan tahniah di atas kejayaannya.
Rasulullah SAW lahir hari
isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 M. Pada tahun itu
tentera bergajah dari Afrika dibawah pimpinan Abrahah datang untuk meruntuhkan
kaabah. Apabila tentera Abrahah sampai dekat dengan Mekah, mereka merampas
binatang-binatang ternakan orang orang Mekah. Diantara yang mereka rampas
200 ekor unta Abdul Mutallib. Abdul Mutallib datuk Nabi kita yang ketika itu
merupakan ketua Mekah datang mengadap Abrahah.
Bila Abdul Mutalib masuk mengadap
Abrahah, Abrahah turun duduk di bawah dengan Abdul Mutallib kerana menghormati
Abdul Mutalib. Melihat perawakannya saja sudah jelas kehebatan dan
ketokohannya. Abdul Mutallib minta Abrahah kembalikan binatang ternakannya dan
binatang ternakan orang Mekah yang telah dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah
terkejut mendengar permintaan itu, Abrahah fikir Abdul Mutallib nak minta belas
kasihannya supaya jangan ganggu Kaabah. Kata Abdul Mutallib, Wahai Abrahah, aku
ini tuan unta unta ini sebab itulah aku minta dibebaskan unta unta ini, Kaabah
itu ada tuannya, yang menjaganya, kalau Kaabah itu Rumah Allah pasti Allah
menjaganya.
Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu orang Mekah, yang penting dia nak robohkan Kaabah. Jadi Abdul Mutallib pulang ke kaumnya membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah ke bukit yang berhampiran. Dari bukit itulah orang orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.
Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu orang Mekah, yang penting dia nak robohkan Kaabah. Jadi Abdul Mutallib pulang ke kaumnya membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah ke bukit yang berhampiran. Dari bukit itulah orang orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.
Pada hari yang telah takdirkan oleh
Allah, Abrahah mengarahkan tentera bergajahnya ke arah Kaabah untuk merobohkan
Kaabah. Maha Besar Tuhan, dengan kuasa Allah Rabbul kaabah, gajah tidak mahu
bergerak walaupun dipukul, bila digerakkan ke arah lain dia mahu bergerak, bila
dihalakan ke arah kaabah gajah tak mahu bergerak. Ketika itu juga kelihatan
awan hitam dilangit, bila kehitaman hitam itu makin dekat rupanya sekumpulan
burung burung Ababil setiap seekor burung bawa tiga biji batu kecil. Bila
tentera Abrahah tiba burung burung ini melepaskan batu batu kecil ini kepada
tentera Abrahah. Maha Besar Tuhan yang maha Gagah, bila batu batu kecil ini
mengenai tentera Abrahah mulalah daging-daging mereka berguguran dan menjadi
cair. Ramai tentera Abrahah yang mati, bila Abrahah melihat hal itu dia lari
menyelamatkan diri tapi batu sudah mengenai badanya. Akhirnya Abrahah dan semua
tenteranya semuanya mati tanpa terkecuali. Allah telah menceritakan pada kita
umat akhir zaman cerita ini dalam Al Quran, surah Al-Fill.
Setelah peristiwa itu Abdul Mutallib tawaf
mengelilingi kaabah sebagai tanda syukur kerana ia diselamatkan
oleh tuannya. Kemudian berita kelahiran Nabi SAW pula sampai kepada Abdul
Mutalib. Abdul Mutalib terlalu gembira apa lagi bila mendengar cerita cerita
tadi, bertambah gembira lagi Abdul Mutalib. Ketika itu Abdul Mutalib sudah menyebut
bahawa anak ini akan mempunyai satu masa depan yang besar. Kerana terlalu
gembira Abdul Mutalib terus membawa Rasulullah (yang masih bayi kemerahan lagi)
ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Allah dan tawaf sekali lagi.
Tentang nama Muhammad, Abdul
Mutalib pernah satu ketika bermusafir ke Syam dengan 3 orang sahabatnya. Mereka
bertemu dengan paderi Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka bahawa
di Mekah akan lahir seorang Nabi, namanya Muhammad. Selepas itu keempat empat
orang ini bila pulang, masing masing berazam untuk menamakan anak mereka
Muhammad. Dari sinilah Abdul Mutalib menamakan cucu lelaki dari anak
kesayangannya Muhammad. Sedangkan sebelum itu orang orang Arab tidak ada yang
bernama Muhammad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan